Borang-Borang ICT

Berikut adalah jenis borang yang boleh dimuat turun untuk kegunaan sekolah dalam membuat aduan permasalahan ICT di sekolah.

- Instrumen Pemantauan ICT Sekolah Ahli 2017 : Lapan instrumen berkenaan ICT di sekolah boleh dimuat turun dan sekolah boleh bersiap sedia sebelum pemantauan dari pihak PKGWPKL/BTPNWPKL

-Borang Aduan Kerosakan Peralatan ICT Sekolah (STS) : Membuat aduan kerosakan peralatan ICT Sekolah yang berdaftar dengan KPM sahaja, dalam apa jua jenis kerosakan yang terjadi pada peralatan ICT tersebut.

- Borang PM Netbook / PC / Pencetak : Borang yang perlu digunakan oleh semua Juruteknik Komputer Sekolah (JTK) untuk membuat proses Preventive Maintenance (PM) pada Peralatan ICT Sekolah. Boleh juga digunakan oleh Guru ICT/ Guru Penyelaras Bestari untuk proses merekod tindakan sebelum membuat aduan kerosakan.

- Borang Speedtest : Borang yang perlu digunakan oleh semua Juruteknik Komputer Sekolah (JTK) untuk membuat ujilari (speedtest) kesemua Zoom YES 4G di sekolah masing-masing setiap minggu. SILA GUNAKAN PERISIAN MICROSOFT OFFICE 2013 ke atas untuk memaparkan dokumen ini supaya tidak ada ralat format borang.

- Fail Meja GPB / GICT : Contoh format Fail Meja GPB / GICT Sekolah untuk dicetak dan dirujuk. Ubah beberapa ruangan mengikut keperluan masing-masing. Perlu dicetak, dikemaskini dan disahkan pentadbir setiap tahun berkhidmat.

- Fail Meja FT19 / PPTM FA29 : Contoh format Fail Meja Juruteknik Komputer Sekolah (JTK) untuk dicetak dan dirujuk. Ubah beberapa ruangan mengikut keperluan masing-masing. Perlu dicetak, dikemaskini dan disahkan pentadbir setiap tahun berkhidmat.





Pihak kami di PKG dan BTPN WPKL berharap penggunaan borang-borang di atas ini akan dapat digunakan dengan sebaiknya dan dapat melestarikan lagi penggunaan ICT di sekolah masing-masing secara keseluruhannya.


Klik gambar di bawah untuk ke pautan muat turun fail berkenaan.





1 ulasan:

  1. Terima kasih di atas perkongsian. Ianya sangat berguna untuk pengurusan ICT yang lebih teratur dan sistematik.

    BalasPadam