Fungsi BTPN & PKG WPKL

FUNGSI BTPN WPKL



Fungsi 1 :  
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melaporkan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.

Fungsi 2 :  
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melaporkan pelaksanaan inisiatif ICT dan khidmat sokongan di negeri.

Fungsi 3 :  
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melaporkan keberkesanaan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah diperingkat negeri.

Fungsi 4 :  
Membantu penyediaan dan penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media mengikut piawaian yang ditetapkan.

Fungsi 5 :  
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melaporkan pembangunan Pusat Sumber diperingkat negeri dan pembudayaan literasi teknologi pendidikan.

Fungsi 6 :  
Merancang dan melaksanakan penyebaran dan penggunaan bahan pelbagai media yang diterbitkan.

Fungsi 7 :  
Merancang dan melaksanakan pengauditan penggunaan teknologi dalam pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah.

Fungsi 8 :  
Merancang pelaksanaan dan memberi khidmat kepakaran serta menyelaras inovasi teknologi pendidikan.





FUNGSI PKG WPKL

 Fungsi 1 :  
Memantau dan menilai keperluan dasar  teknologi pendidikan.

 Fungsi 2 :  
Memberi khidmat sokongan ict untuk pengajaran dan pembelajaran.

 Fungsi 3 :  
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan pembestarian sekolah mengikut kelompok.

 Fungsi 4 :  
Membantu penyediaan, penerbitan dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.

 Fungsi 5 :  
Memantau dan memberi khidmat sokongan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan pusat sumber sekolah.

 Fungsi 6 :  
Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media.

 Fungsi 7 :  
Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Fungsi 8 :  
Membantu khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.